UTeM ku...
Artikel dari Harian Metro...

Penyelidik UTeM cipta pengetip kuku berinovasi

DUA penyelidik Fakulti Kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memberi penambah baikan kepada pengetip kuku (nail clipper) dengan mencipta pengetip kuku berserta bekas penyimpan kuku yang dipotong. Dua penyelidik UTeM iaitu Ismail Abu Shah dan Mohd Badli, mengambil mengambil masa tiga bulan mencipta produk itu dan proto-type di buat di makmal pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM.

Menariknya mengenai pengetip kuku ini, ia dicipta dengan pengurangan komponen peralatan iaitu daripada enam kepada tiga komponen. Pengetip kuku ini mudah dipasang, mengurangkan kos pemasaran dan kuku yang dipotong boleh disimpan tanpa penambahan komponen kepada pengetip kuku. Ia boleh dijadikan cenderamata, kegunaan rumah dan digunakan dalam keadaan bersih tanpa kuku yang dipotong bertaburan merata-rata. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UteM, Profesor Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata alat ini sangat istimewa berbanding pengetip kuku sedia ada. Beliau berkata, kuku yang dipotong tidak bertaburan dan ia adalah pengetip kuku terbaik. "Produk ini amat sesuai dijadikan cenderamata UTeM kepada pengunjung kerana ia lebih bermakna dan mempunyai kelebihan," katanya. Pengetip kuku ini akan dikomersialkan dan pihak universiti akan mempatenkannya sebagai harta intelek UTeM.


Utem dah cipta alat baru..
boleh la bg free kt student..hehe
tahniah UTeM!!

p/s: lps ni cipta la gunting rambut berinovasi plak..cne 2??
5 Responses
  1. FONT BIASA.. Says:

    ceh..bangga la tu ngn u dia..
    hayya..



  2. FONT BIASA.. Says:

    stkat pengetip kuku?
    kolej kami cipta byk benda dan tidak diwar-warkan pd mana-mana akhbar atau media massa atas dasar tidak ingin mencari glamer!

    how?


  3. chicibu Says:

    well...
    xfamous la 2..


  4. Anonymous Says:

    pengetip kuku??
    ba,srh lg drg cipta mesin yg lbih hebat dr tuh..hahaha..


Post a Comment

  • Followers

    Magic Button

    Get subscribers